BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Pink Transparent Valentine Balloon Heart

Monday, January 31, 2011

❤ ❤ KECANTIKAN ❤ ❤




KECANTIKAN. . ??
bg perempuan itu adlh aset paling penting..sajauh mane pntingnye itu terletak pd diri sndri...so ask urself!!..
nk jadi perempuan yg cntik mestila AYU segala2nye..
Tapi saya rasa sudah boleh tahan la sudah ada ciri-ciri perempuan ayu..heee... Errr , belum cukup ayu lagi lembut kah saya ini ?... Belum kot ? Nak jadi lembut bukan lembik. Lembut selembutnya macam jeli kot ? HAAHAA. Dah dah jangan cakap banyak dan merepek. Jom sama-sama selidik sikit ciri-ciri gadis ayu ;)

MENJAGA KEJELITAAN SEMULA JADI : TIDAK memakai bhn2 luaran ttpi JAGA emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa utk prkra yg b'faedah n tntukan wwsn scre objektif. JANGAN byk berangan2. TIDUR awal setiap mlm dan BANGUN awal pg untuk solat subuh. JANGAN tidur disiang hari...

MENJAGA SUARA : Latih diri ckp dengan nada yg lembut, tidak sengau atau suara terlalu kuat..

MENJAGA CARA BERKATA2 : Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. JANGAN gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hatimenyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. 

MENJAGA KULIT :  Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. 

MENJAGA MUKA : Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. JANGAN banyak berangan. 

MENJAGA RAMBUT: Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas. 

MENJAGA CARA BERJALAN: Latih cara berjalan. JAUHI dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. 

MENJAGA GERAK GERI:  Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. 

MENJAGA SENYUMAN : Latihlah senyum jangan tersengehTutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik. 

MENJAGA MATA:  Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda. 

❤ MENJAGA SIKAP & TAAT BERAGAMA: Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.



nie la antare perempuan melayu terakhir :D











0 ulasan: